Voice of Iskandar Puteri 4.0

Juara
RM 5,000.00

berserta trofi dan sijil

Naib Juara
RM 4,000.00

berserta trofi dan sijil

Ketiga
RM 3,000.00

berserta trofi dan sijil

Persembahan Terbaik
RM 1,000.00

berserta trofi dan sijil

Saguhati (Tempat Ke 4 hingga 10)
RM 500.00

berserta sijil

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN

  • Penyertaan adalah PERCUMA.
  • Tarikh tutup penyertaan adalah pada 7 November 2025 atau sehingga jumlah penyertaan telah mencukupi 100 orang (mana yang terdahulu).
  • Penyertaan dibuka kepada Bangsa Johor berumur 13 tahun hingga 45 tahun sahaja.
  • Belum pernah merakamkan lagu, album atau menandatangani kontrak dengan mana-mana syarikat rakaman.
  • Juara, Naib Juara dan Tempat Ketiga Voice of Iskandar Puteri 1.0 hingga 3.0 TIDAK LAYAK menyertai pertandingan ini.
  • Pemilihan lagu untuk peringkat saringan dan peringkat akhir adalah bebas berbahasa melayu sahaja dan tidak dibenarkan mashup
  • Nyanyian secara solo dan tidak dibenarkan bersama alat muzik sendiri
  • Sila pastikan minus one dalam bentuk pendrive dan alam format MP3/MP4 sahaja.
  • Peserta perlu kemukakan MyKad pada hari pendaftaran. MBIP berhak menolak penyertaan jika maklumat dikemukakan tidak tepat dan/atau tidak memenuhi syarat.
  • Peserta akan diadili oleh panel juri profesional yang dilantik oleh pihak MBIP semasa peringkat saringan.
  • Peserta dikehendaki memakai pakaian yang kemas, tidak menjolok mata dan bersesuaian dengan pilihan lagu semasa peringkat saringan dan akhir jika terpilih.
  • 10 peserta yang terpilih ke peringkat akhir akan dihakimi oleh juri profesional yang dilantik oleh pihak MBIP.
  • Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kos pengangkutan dan penginapan, kerugian, kerosakan, kecederaan, kehilangan serta kemalangan yang berlaku kepada peserta sepanjang pertandingan berlangsung.
  • Pihak penganjur berhak membuat keputusan yang wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini bagi memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada suatu masa.

Kriteria Pemarkahan

Mutu Suara : 30 Markah
Tempo : 30 Markah
Kawalan Suara : 15 Markah
Dinamik : 15 Markah
Persembahan / Kreativiti : 10 Markah

Peringkat Saringan

Tarikh : 8-9 November 2025
Hari : Sabtu-Ahad
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat : Auditorium, Aras 1,
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Peringkat Akhir

Tarikh : 23 November 2025
Hari : Ahad
Masa : 8.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat : Dataran Laksamana,
Iskandar Puteri